For every child: Health, Education, Equality, Protaction,...
Main Menu
Home
Forum
Album
Koleksi Artikel
Smakj.Net
Laman Sekolah
Video
Kalendar
Who's Online
We have 6 guests online
No Users Online
Login
Shout @ Smakj10


banner_img_black.gif
Latest Forum Posts
TopicsByCategoryDate
MINYAK NAIK LAGI! Nak JIMAT, gunakan ALAT TERHEBATmrj_rafiqJual / Penawaran26-08-10 12:10
Re:WALIMATUL URUS [ MOMOX....fahar_willyBerita & Pengumuman29-06-10 16:51
Re:Captured gambar waktu malamikokoFotografi30-05-10 03:47
Re:[WALIMATUL URUS] IZWAN BIN ABDUL RAHIMikokoBerita & Pengumuman29-05-10 09:13
Re:[WALIMATUL URUS] UMI HANISAH BTE MOHD KASMURIikokoBerita & Pengumuman29-05-10 09:13
Re:[WALIMATUL URUS] NUR FARHANA BT ABD RAHMANikokoBerita & Pengumuman29-05-10 09:12
Re:[WALIMATUL URUS] SITI UMAIRA BINTI ISMAILikokoBerita & Pengumuman29-05-10 09:08
Re:Pembekal StationaryikokoRequest29-05-10 09:07
Jemputan Kawen NadwahsallehyBerita & Pengumuman25-05-10 22:29
Kursus Editing using Adobe PhotoshopikokoSelf Development23-05-10 08:20
Re:kelebihan SUJUDikokoSoal Jawab Agama23-05-10 08:18
Price SonyEricsson Vivaz dan SonyEricsson SatioikokoBeli23-05-10 08:17
Roti Canai dan Murtabak (Frozen Version)ikokoJual / Penawaran23-05-10 08:14
Re:nak belajar bahasa cambodia@ kemboja?ikokoRak Buku23-05-10 08:11
Re:Doa dan Zikir (Ilmiah)ikokoLagu23-05-10 08:09
Re:Jemputan Perkahwinan Latifah Faizah bt Mohd DiahikokoBerita & Pengumuman23-05-10 08:01
Re:projek reunion sesi 2009sallehyMajlis Reunion23-02-10 22:35
Re:Jemputan Walimatul Arus :) Zainan & Syafinifahar_willyBerita & Pengumuman17-02-10 18:58
Re:sudah tiada tunasnya...................annadagrandSembang Santai16-02-10 20:48
Re:ceritera lawakNodBagusLawak Santai07-02-10 19:23
Re:Fotografi | LandscapeFirdaus™Fotografi25-01-10 16:17
Re:jemput semua kenduri kahwin 5salfahar_willyBerita & Pengumuman13-01-10 23:15
Re:HALA TUJU BAC10paunCadangan Untuk Laman10-12-09 10:02
Re:Fotografi | PotraituresallehyFotografi02-12-09 20:25
Re:[Al - Fatihah]sallehyBerita & Pengumuman02-12-09 20:24
Re:keje amalsallehyBerita & Pengumuman02-12-09 20:17
Re:[WALIMATUL URUS] MUHAMMAD HANAFI B MASRIPoktehBerita & Pengumuman11-11-09 23:24
Re:konvoi rayer!!!sallehyBerita & Pengumuman16-10-09 22:56
Re:Laman Cari kerjaNodBagusBerita & Pengumuman13-10-09 07:51
Re:[WALIMATUL URUS] NOORADIBAH BT HANAFIsallehyBerita & Pengumuman25-09-09 07:41
Maksiat halang tekun beribadat PDF Print E-mail
Written by RAFIDAH BTE RAHMAT   
Monday, 22 December 2008

plant-flower-encyclopedia-dictionary.jpgAPAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.


Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

lily_pad_lotus_flower.jpgAkhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Last Updated ( Wednesday, 24 December 2008 )
 
Next >


admin-icon.jpg
Admin Login
register_icon.png
Makluman
ico_announce.gifSila update profile anda !
Terutamanya pada tarikh birthday dan alamat rumah.
Family Day 09
family-day-care-web.jpg
"Family Day Batch 10 2009"
Alhamdulillah..telah berjalan..
Gambar
Gambar Picasa
Laporan Kewangan
Komen
/Maklumbalas
Terbaru di Galeri


Adieeb-ShuhasZram_5

Smakj10@YouTube
youtube-icon.jpgLihat Batch10 beraksi di YouTube.
Tak Percaya? Tengok lah sendiri :)
Kalendar Smakj10
5 Baru Daftar
 mohd fazli bin zainal
 zainab
 Marwan Md Nor
 irmawati bte bahanan
 khairul hafiz bin hj mohamed
Baru Update Diri
 siti umaira ismail
 Azlina Binti Zabha
 Mohd Osman Bin Kassan
 nurul huda binti mohamad
 AHMAD IRZAM BIN AHMAD MALEK
Baru Kene Komen
 Mohd Hafidz bin Mohamed Mahidin
 Mirza Amin bin Abdul Samad
 Sharifah Khadijah Syed Mortadza Alkaff
 izuan abdul rahim
 mohd erwan bin malib
Tahniah Agil
cong-depan.jpg
Hairil Anuar Husin merupakan editor :
Profile of the Straits of Malacca: Malaysia’s Perspectives

Kawan KIta
 izuan abdul rahim
 mohd fazli bin zainal
 chepot (syafa)
Profile Hits Tinggi
 Mohd Sallehuddin
 Nor Hidayah Othman
 RAFIDAH BTE RAHMAT
 firdaus.mahadi
 shalimatunnur bte hasan
Galeri Batch 10
Video Rawak
Artikel Terbaru
Cache Directory Unwriteable